Lama dah tak UPDATE blog niii..
aku ada 2 perkara nk citer ..
first of all , psal fans club zizan iaitu ZTF .. Yang dulunya dikenali sebagai Zizan's Twitter Family , kini dikenali sebagai Zizan True Fans ..Tapi aku tak tahu la nama Zizan's Twitter Family tu masih pakai ataupon tak .. nk tahu lebih lanjut tanya ADMIN ZTF atau Kak Long ZTF .. mereka lebih mengetahui .. hihi ...
cerita ke2 ...
psal kejutan Johan untuk Zizan di Final AF2013, ada yang cakap kejutan tu propa , drama jer .. orang yg tak tahu erti persahabtan je cakap mcmtu .. bagi aku , dieorg mmg sahabat sejati ..
artikel yang aku baca ..
“Drama? Jujur dari hati, kejutan yang saya lakukan itu bukan drama atau propa seperti yang didakwa sesetengah pihak…Tapi ia memang satu kejutan dari saya buat Zizan.
“Saya merancang untuk buat kejutan kepada Zizan kerana saya terlalu rindukan dia dan kami pula sudah lama tak jumpa…Jadi, saya fikir satu-satunya cara untuk bertemu ‘adik’ saya itu ialah dipentas AF2013.
“Rancangan saya hanya diketahui oleh Pengurus Rangkaian Astro Ria, Raqim Ahmad dan dua individu lain selain isteri,” katanya.
Tambah Johan lagi, dia sendiri tidak menyangka permintaannya itu dipenuhi oleh Raqim dan terus menghubungi individu terlibat untuk memastikan rancangannya berjalan lancar.
“Saya gembira dapat bertemu Zizan kerana kali terakhir kami bertemu ialah pada Maharaja Lawak Mega 2013 yang lalu.
“Kami jarang jumpa disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja bukan kerana bergaduh! Saya tahu siapa individu yang cuba untuk memecah belahkan persahabatan saya dan Zizan tetapi saya profesional dan tidak akan melayan cerita-cerita begini, buang masa!
“Biarlah individu itu nak kata apa pun…Saya Ok je…Saya berada dalam industri ini nak cari rezeki halal untuk anak isteri saya…bukan bermusuh,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pra tonton Elly dan Epit pada Jumaat.
Mengulas mengenai projek terbarunya, Johan memberitahu dia dan Zizan dalam perancangan untuk mementaskan Jozan The Musical.
“Jozan The Musical masih dalam peringkat perbincangan dan insyaallah ia akan dipentaskan di Istana Budaya. Kami berharap agar impian ini dapat direalisasikan demi peminat-peminat yang merindui Jozan,” kata Johan mengakhiri perbualan. ...
#JozanSahabatSelamanya
No comments:
Post a Comment